Perikatan Nasional (PN) akan memperkenalkan logo baru untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia susulan terdapat cadangan untuk mengubah suai logo sedia ada semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu, kira-kira dua minggu lepas.
"Logo sedia ada sudah baik tetapi kita akan buat penambahbaikan dan ada simbol-simbol yang digunakan.
"Jadi logo yang sesuai akan diperkenalkan dan dimaklumkan kepada pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional Negeri Perak di Kampung Manjoi di Ipoh hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PAS yang membayangkan tidak menggunakan logo PN dan bulan purnama untuk calonnya pada PRU15.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata parti itu akan menggunakan simbol baru dan sesuai untuk semua calonnya bagi menghadapi PRU akan datang.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata PAS telah memaklumkan mahu mencari logo yang bersesuaian dengan PN dan ia sedang diusahakan oleh Setiausaha Agung gabungan itu Datuk Seri Hamzah Zainudin.
ARTIKEL BERKAITAN:
- DEDAH: Muhyiddin bincang dengan Anwar, Loke bentuk kerajaan baharu – Shafie
- Kerjasama Bersatu-PH: Muhyiddin didesak jujur dengan PAS
- Wan Saiful sahkan Muhyiddin bincang dengan PH
- PAS tolak khemah besar Muhyiddin – Hadi
- TERKINI: Bersatu bincang tubuh kerajaan baharu tanpa PAS
- Lebih baik PAS guna logo sendiri pada PRU15, kata mursyidul am
- #PRU15 segera, bina kerajaan stabil – Hadi Awang
- Terima cadangan #PRU15 awal, petanda PAS akan tinggal PN
- Hadi setuju PAS guna logo PN pada PRU15, kata Muhyiddin
- Tuan Ibrahim nafi Muhyiddin PAS guna logo PN #PRN15
- Pas belum putus guna logo PN #PRU15 – Nik Zawawi
- PN akan perkenal logo baru untuk #PRU15
- PAS guna logo PN #PRU15 – Hadi
- #PRU15: PAS T'ganu tolak guna logo PN, mahu guna logo 'bulan'
Join our Telegram Channel